Search
8 Kegunaan Minyak Kelapa Dara Untuk ANDA!
- wanayie
- Dec 1, 2014
- 3 min read

Siapa sangka bahawa amalan pengambilan satu sudu minyak kelapa dara dua kali sehari boleh menyingkirkan beberapa pound atau kilogram dari badan anda? Kajian lain juga menunjukkan bahawa kegunaan minyak kelapa dara dalam meningkatkan kualiti kesihatan dalam pelbagai cara. Minyak kelapa dara adalah berbeza daripada minyak masak yang lain kerana ia mempunyai asid lemak rantaian sederhana dan bukannya asid lemak rantai panjang. Ia juga mengandungi asid kaprilik, asid kaprik dan asid laurik dan semua bahan yang baik serta memberi manfaat kepada kesihatan kita.
Antara Kegunaan Minyak Kelapa Dara adalah:
1. Berat badan.
Jika anda ingin menghilangkan lemak perut, inilah masanya untuk anda amalkan minyak kelapa anda kerana anda pasti akan berpuas hati dengan kajian terbaru yang menunjukkan wanita yang mengambil minyak kelapa dara setiap hari akan kehilangan lemak di kawasan perut mereka.
Ini disokong oleh satu kajian pada tahun 1986 oleh TB Seaton et al dalam American Journal of Clinical Nutrition yang menunjukkan orang yang memakan makanan yang mengandungi asid lemak rantaian sederhana, peningkatan kadar metabolik badan mereka secara purata adalah sebanyak 12%, berbanding dengan hanya 4% pada mereka makan makan dengan asid lemak rantai panjang. Ini membantu membuktikan teori bahawa badan menggunakan minyak kelapa dara untuk tenaga dan tidak menyimpannya sebagai lemak dan inilah yang menggalakkan penurunan berat badan.
2. Penghadaman yang lebih baik:

Comments